Sunday, August 9, 2009

PENGGUNA, USAHAWAN BUDIMAN,,, JOM KUAT

Ekonomi Kita adalah berasaskan kepada sosial kapitalis, atau kapitalis sepenuhnya, manakala pasarnya dinamakan pasaran bebas.. persoalannya apakah kita tidak berupaya mencipta ekonomi kita mengikut acuan kita... tepuk dada tanya iman. adakah kita masih berkhayal atau alpa tentang perubahan yang sedang rancak berlaku di sekeliling kita.. masihkah kita ini bergerak dalam acuan terbentuk,,, atau kita yang membentuk acuan itu...

JIKA KITA MULA TERSEDAR ATAU MEMANG DAH SEDAR, APA TINDAKAN KITA SETERUSNYA...

AYUH,, JOOOOMMM KUAT..

KAMI MENCARI RAKAN BUDIMAN..

KUAT ANGGOTA MENBAWA UNTUNG, KUAT USAHA MEMBAWA BERKAT..

BERTINDAK...

Friday, August 7, 2009

aktiviti kuat

KUAT menjalankan aktiviti huluan dan hiliran berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan pertanian atau/dan teknologi iaitu termasuk bidang makanan, kesihatan, pendidikan, pakaian, penginapan dan logistik.

KUAT membantu menghubungkan 5 perkara (termasuk logistik) dengan mewujudkan jaringan usahawan kecil, besar dan sederhana untuk sama-sama berganding usaha memenuhi keperluan asas setiap anggotanya.



Thursday, August 6, 2009

sejarah kuat

Penubuhan Koperasi Usahawan Asas Teknologi Negeri Sembilan Berhad (KUAT) mencipta sejarah apabila mengambil langkah berani melaksanakan perubahan dalam memartabatkan sistem muamalat* berteraskan syariat Islam sepenuhnya.

KUAT berusaha menghubungkan dan membuat jalinan kukuh melalui perkongsian bijak antara anggotanya. Ini bakal meletuskan semangat serta menjadi pemangkin bagi anggotanya untuk terus berusaha dalam bidang yang diceburinya tanpa perlu berasa gentar untuk menghadapi apa jua cabaran.

KUAT amat menyedari bahawa pada masa akan datang, setiap usaha anggotanya dalam kehidupannya tidak dipulaukan akibat ledakan teknologi. Oleh itu, anggota KUAT akan berusaha melalui pendidikan dan pemerolehan teknologi untuk memberi kesan ketara serta manfaat dalam menjalankan kegiatan hariannya supaya lebih berkesan.

KUAT beriltizam menyediakan anggotanya untuk kekal di persada ekonomi serantau mahupun dunia.

KUAT berazam menjadi pemacu iktisad* yang berteraskan kepada ketaqwaan dan keberkatan Illahi dalam menjalankan urusan muamalahnya.

KUAT melabur dalam iktisab* duniawi dan akhirat dalam menegakkan syiar Islam di persada iktisad dalam menterjemahkan misi anggota mendapatkan jariah di dunia dan akhirat.

muamalat - hal yang tergolong dalam yang berkaitan dengan bidang kemasyarkatan
iktisad - ekonomi atau perekonomian
iktisab - usaha untuk mendapatkan untung yang halal

logo kuat