Thursday, August 6, 2009

sejarah kuat

Penubuhan Koperasi Usahawan Asas Teknologi Negeri Sembilan Berhad (KUAT) mencipta sejarah apabila mengambil langkah berani melaksanakan perubahan dalam memartabatkan sistem muamalat* berteraskan syariat Islam sepenuhnya.

KUAT berusaha menghubungkan dan membuat jalinan kukuh melalui perkongsian bijak antara anggotanya. Ini bakal meletuskan semangat serta menjadi pemangkin bagi anggotanya untuk terus berusaha dalam bidang yang diceburinya tanpa perlu berasa gentar untuk menghadapi apa jua cabaran.

KUAT amat menyedari bahawa pada masa akan datang, setiap usaha anggotanya dalam kehidupannya tidak dipulaukan akibat ledakan teknologi. Oleh itu, anggota KUAT akan berusaha melalui pendidikan dan pemerolehan teknologi untuk memberi kesan ketara serta manfaat dalam menjalankan kegiatan hariannya supaya lebih berkesan.

KUAT beriltizam menyediakan anggotanya untuk kekal di persada ekonomi serantau mahupun dunia.

KUAT berazam menjadi pemacu iktisad* yang berteraskan kepada ketaqwaan dan keberkatan Illahi dalam menjalankan urusan muamalahnya.

KUAT melabur dalam iktisab* duniawi dan akhirat dalam menegakkan syiar Islam di persada iktisad dalam menterjemahkan misi anggota mendapatkan jariah di dunia dan akhirat.

muamalat - hal yang tergolong dalam yang berkaitan dengan bidang kemasyarkatan
iktisad - ekonomi atau perekonomian
iktisab - usaha untuk mendapatkan untung yang halal

No comments:

Post a Comment